Alkohol

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

 
 
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.


  1. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  2. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  3. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  4. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
 
 
 
 
Arak
 
Arak ialah alkohol di dalam bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau yeast cells yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.
 
Di dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular, iaitu,
1.Bir yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol
 
 
2.Wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14% alkohol
 

3.Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol.
 
 


Alkohol Dan Kesannya Ke Atas Otak Dan Badan

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
 
 
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
 
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.
 

 
 
 

KESAN ARAK DAN JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN


2 comments: